Friday, October 22, 2010

DASAR LUAR MALAYSIA DALAM TEMPOH 1957-63 BERSIFAT PRO-BARAT DAN ANTI-KOMUNIS

JAWAPAN :

Dasar luar Malaysia dalam tempoh 19757-1963 lebih bercorak pro-Barat dan anti-komunis kerana banyak dipengaruhi oleh corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat dan anti-komunis kerana suasana politik dunia ketika itu yang mengalami perang dingin. Blok Barat diketui oleh Amerika Syarikat manakala Blok Timur diketui oleh Rusia. Pada masa yang sama, Tanah Melayu mengalami darurat ekoran tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang ingin mengambil alih kuasa pemerintahan seara kekerasan.

Sebab-sebab Tanah melayu mengamalkan dasap pro-Barat dan anti-komunis pada tahun 1957-63 ialah isu keselamatan negara. Pada masa ini, Tanah Melayu baru sahaja mencapai kemerdekaan. Soal keselamatan menjadi masalah utama yang dihadapi. Tanah Melayu hanya mempunyai sebuah Regimen Melayu Diraja, tanpa mempunyai angkatan tentera udara mahupun laut. Sebarang serangan dari luar tidak mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara sendirian. Keadaan ini menyebabkan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dengan British. Melalui perjanjian ini, Britain memberi jaminan akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu jika Tanah Melayu diceroboh atau diancam musuh.

Selain itu, ancaman komunis di rantau Asia Tenggara terutamanya perkembangan di Vietnam menyebabkan Tanah Melayu mengambil sikap yang serius terhadap perkembangan tersebut. Tanah Melayu memberi sokongan yang kuat terhadap tindakan Amerika Syarikat membendung pengaruh komunis di selatan Vietnam. Malah Tanah Melayu juga tidak mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai mewakili rakyat negara China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebaliknya Tanah Melayu menjalinkan hubungan dengan Taiwan di peringkat konsular. Ini kerana Tanah Melayu membataskan hubungan luar kepada negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan bukan komunis seperti Amerika Syarilkat, Britain, Indonesia dan India.

Di samping itu, ancaman komunis di dalam negara juga menyebabkan dasar luar negara bercork anti-komunis. Kegagalan Rundingan Baling 1955, menyebabkan komunis melancarkan Perang Gerila setelah perjuangan melalui cara berpelembagaan tidak Berjaya. Dalam rundingan itu, Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menerima tawaran pengampunan kerajaan. Chin Peng tidak bersetuju dengan permintaan itu, sebaliknya meminta PKM bergerak sebagai parti politik yang sah. Rundingan Baling berakhir dengan kegagalan kerana kerajaan enggan tunduk dengan tuntutan PKM.

Kepentingan ekonomi menjadi sebab mengapa dasar luar negara bercorak pro-Barat. Selepasa mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu mewarisi ekonomi gatah dan bijih timah. Tanah Melayu amat bergantung kepada komoditi ini. Oleh itu, Tanah Melayu memerlukan bantuan dari Barat terutamanya Britain dan Amerika Syarikat untuk memasarkan seksort getah dan bijih timah. Selain itu, sebahagian besar agensi dan syarikat perdagangan utama di Tanah Melayu masih dikuasai oleh syarikat Britain. Oleh itu, Tanah Melayu masih bergantung kepada Britain dari segi ekonomi.
Latar belakang keperibadian Tunku Abdul Rahman merupakan sebab perlaksanaan dasar pro-Barat di Tanah Melayu. Tunku dibesarkan dalam suasana kebaratan dan mendapat pendidikan di Barat. Oleh itu, beliau lebih selesa dengan sikap pro-Barat.

Selain itu, latar belakang pemimpin yang anti-komunis telah menjadi faktor mengapa corak dasar luar bersifat anti-komunis. Tunku Abdul Rahman juga mempunyai sikap anti-komunis yang kuat kerana ancaman komunis di dalam negara. Tunku lebih percaya dengan pentadbiran yang bercorak demokrasi berbanding dengan sistem komunis kerana sewaktu PKM mentadbir Tanah Melayu, pengistiharaan darurat terpaksa dilaksanakan. Hal ini kerana, kegiatan PKM semakin mengganas dan terlibat dalm banyak pembunuhan. PKM telah melakukan sebanyak 191 pembunuhan dan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan dilakukan. Oleh itu, Tunku lebih mempercayai corak pentadbiran Barat yang demokrasi berbanging pentadbiran yang bercorak komunis.

Kesimpulannya, dasar luar Malaysia dalam tempoh 1957-63 lebih bersifat pro-Barat dan anti-komunis. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor politik,ekonomi ketika itu serta latar belakang peribadi pemimpin yang bertanggungjawab menggubal dasar luar negara.

No comments:

Post a Comment