Friday, October 22, 2010

LATAR BELAKANG EKONOMI SEBELUM MERDEKA

BAB 12 : PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI
LATAR BELAKANG EKONOMI SEBELUM MERDEKA

1. Merupakan dua faktor penting yang menyumbang kepada kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

2. Perkembangan ekonomi dan sosial memerlukan masyarakat yang berpendidikan supaya dapat menghasilkan penduduk yang berilmu dan pekerja yang mahir.

3. Di zaman penjajahan pembangunan sosial dan ekonomi berkait rapat dengan dua bahan mentah utama :

i. Bijih timah
ii. Getah

4. Negara dapat membangun dengan cepat bagi menampung keperluan penduduknya dan membiayai pentadbiran penjajah.

5. Dasar pentadbiran British hanya memberi tumpuan kepada pengeluaran bijih timah dan getah sebagai sumber pendapatan yang utama dan mengakibatkan ketidakseimbangan antara kawasan.

6. Hal ini mengakibatkan jurang ekonomi antara kaum yang sedia wujud bertambah teruk.

7. Menyebabkan kerajaan terdorong untuk memyelesaikan masalah ketidakseimbangan ekonomi yang diwarisi di zaman pemerintahan penjajah melalui pelbagai program dan dasar.

8. Ekonomi Tanah Melayu mula berkembang dengan pesat menjelang akhir tahun ke-19 sewaktu perluasan kuasa British dan menyebabkan perubahan dari segi politik dan ekonomi di samping keamanaan dapat dipulihkan.

9. Ekonomi yang bercorak sara diri mula bertukar kepada ekonomi komersial secara beransur-ansur.

10. Selain modal tempatan,modal pihak asing juga dilaburkan ke dalam sektor seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.

11. Faktor-faktor yang mengalakkan perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Pertama :

(a) Penggunaan kapal wap mempercepat perjalanan dari Eropah ke Timur Jauh.
(b) Keperluan bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat.
(c) Pembukaan Terusan Suez memendekkan lagi masa dan jarak perlayaran.

12. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa-kuasa Barat.Mereka berusaha menperluaskan pengaruh di negeri-negeri Melayu kerana sultan dan pembesar menerima kemasukan modal dan teknologi dari luar.

13. Mendorong lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah dibuka.Tenaga buruh dari luar,terutamanya dari China dan India dibawa masuk untuk berkerja di lombong bijih timah dan ladang getah.

14. Walaupun ekonomi berkembang pesat,tetapi kegiatan ekonomi Tanah Melayu tidak dipelbagaikan dan hanya memberi tumpuan kepada dua jenis komoditi iaitu bijih timah dan getah serta menyebabkan Tanah Melayu terlalu bergantung kepadanya.

15. Sewaktu kemelesetan ekonomi dunia melanda sekitar tahun 1929-31,ekonomi Tanah Melayu terjejas teruk dan mengakibatkan pengeluaran komoditi lain seperti kelapa sawit,kelapa kering dan nanas.

16. Jalan raya dan jalan kereta api dibina untuk menghubungkan ladang-ladang di samping bekalan air dan elektrik disediakan.

17. Kesan daripada kemajuan sistem perhubungan dan pengangkutan wujudnya pembangunan ekonomi yang tidak seimbang di antara negeri dan wilayah.

18. Proses pembangunan dan pertumbuhan bandar-bandar baharu lebih tertumpu di negeri-negeri di pantai Barat seperti Johor,Negerri Sembilan,Perak dan Selangor.

19. Hal ini disebabkan oleh bandar-bandar baharu ini muncul di sekitar kawasan pengeluaran bijih timah dan getah.

No comments:

Post a Comment