Monday, March 14, 2011

SEJARAH ASIA TENGGARA TEMA 1 (BAB 3)

 SISTEM SOSIAL
• Sistem Feudal ( pengenalan )

1. Telah muncul di Asia Tenggara sejak sebelum Masihi lagi.

2. Setiap negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mempunyai struktur sosial yang berbeza kesan daripada perbezaan geografi, budaya, dan adat resam yang diamalkan oleh sesebuah negara tersebut.

3. Feudalisme ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan politik yang ditakbir oleh individu tertentu dan bukan oleh wakil-wakil daripada kerajaan pusat.

4. Sistem kemasyarakatan dikuasai oleh kaum bangsawan dan tanah menjadi milikan kaum bangsawan.

5. Namun. Kaum bangsawan tidak mempunyai tanah sebaliknya tanah dikuasai oleh raja. Raja yang akan membahagikan tanah diantara golongan kaum bangsawan yang kemudiannya menjadi pemerintah di kawasan masing-masing.

6. Sebagai balasan, bangsawan akan menjalankan beberapa kewajipan terhadap rajanya.

7. Masyarakat feudal di rantau Asia terbahagi kepada 2 golongan iaitu :
i. Golongan pemerintah [ raja, para bangsawan ]
ii. Golongan diperintah [ rakyat jelata ]



Rajah 1 : Struktur sistem feudal



SISTEM FEUDAL DI ASIA TENGGARA
• Sistem Feudal ( VIETNAM )

1. Masyarakat Vietnam dibawah pemerintahan Maharaja Gia Long dan maharaja-maharaja selepasnya adalah bercorak birokratik yang diasaskan kepada hierarki Mandarin.

2. Negara dibahagikan kepada 3 wilayah pentadbiran iaitu :
i. Annam
ii. Tongking
iii. Cochin - China
 Annam merupakan ibu negeri dan diletakkan di bawah pentadbiran maharaja.
 Tongking dan Cochin - China ditadbir oleh kuasa wizurai.

3. Ketiga - tiga wilayah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang kecil iaitu :
i. Provinsi
ii. Phu
iii. Huyen
iv. Tong
v. Komun ( xa )
 Setiap bahagian ini ditadbir oleh pembesar.
 Para pembesar dapat mengukuhkan kuasa masing - masing dengan sistem pentadbiran ini.
 Namun, kuasa mutlak masih ditangan maharaja.

4. Sistem feudal di Vietnam lebih dipengaruhi oleh negara China.

5. Konsep negara China mengamalkan ‘ mandat dari syurga ‘ telah diterapkan dalam institusi kemaharajaan Vietnam.

6. Setiap maharaja Vietnam akan ditabalkan oleh wakil dari Maharaja China sebelum baginda dianggap sebagai maharaja yang sah dan berwibawa.

7. Hal ini dapat dilihat apabila Nguyen Anh mengistiharkan dirinya sebagai maharaja Vietnam dengan gelaran Maharaja Gia Long ( 1802 – 1819 ). Baginda telah menghantar satu misi diplomatik ke Beijing untuk meminta China melaksanakan upacara pertabalan Maharaja Gia Long mengikut adat istiadat yang diamalkan sejak abad ke-15 lagi.

8. Sistem feudal di Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan cendekiawan ( quan / mandarin ), petani dan hamba.

(a) Maharaja :
- Maharaja menduduki tempat yang teratas dalam hierarki sosial masyarakat. Maharaja berkuasa mutlak dalam pemeritahan pusat, pemilikan tanah dan harta. Maharaja dianggap sebagai ‘ Anak dari Syurga ‘ yang mendapat mandat dari Tuhan untuk memerintah.
- Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharaja dan apabila maharaja mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya maka tindakan tersebut akan membawa kecelakaan pada negaranya.
- Mandat dari ‘alam kudus‘ akan hilang sekiranya maharaja tidak bertindak dengan adil dan negara akan ditimpa kecelakaan. Oleh itu, sebarang kecelakaan yang terjadi akan dipertanggungjawapkan oleh maharaja yang memerintah negara itu.
- Hal ini dapat dilihat sewaktu pemerintahan Maharaja Minh Mang ( 1820 – 1841 ), apabila baginda telah membatalkan jamuan istana setelah mendengar berita tentang benteng pecah di wilayah utara Vietnam.
- Maharaja Gia Long dan Minh Mang berusaha untuk mengatasi amalan-amalan feudal dan penindasan terhadap rakyat yang dilakukan oleh pembesar feudal dan dikenal pasti sebagai elemen yang melemahkan Vietnam.
- Maharaja Gia Long bertindak menghapuskan pemilikan tanah secara besar-besaran dan melarang pegawai kerajaan menerima cukai.

(b) Golongan Quan atau Mandarin :
- Berada di lapisan kedua selepas maharaja.
- Membantu maharaja dalam pemerintahan dan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpangaruh.
- Melaksanakan tugas maharaja, mendapat sokongan dan penghormatan rakyat jelata.
- Dianggap sebagai penjamin, penegak keadilan dan pentafsir undang-undang serta bertindak sebagai pegawai kehakiman.
- Quan yang penting dan bertaraf tinggi ialah ‘Quan Awam’ berbanding quan-quan yang lain termasuklah quan tentera.
- Ketua-ketua quan ialah mereka yang berpendidikan Confucius.
- Bagi rakyat biasa yang pintar dan berpendidikan Confucius,mereka akan berpeluang menjadi pegawai-pegawai tinggi awam.
- Mereka akan diberi peluang mengambil peperiksaan perkhidmatan awam Confucius dan maharaja berhak melantik mereka sebagai pegawai tinggi awam. Hal ini membuktikan bahawa wujudnya mobiliti sosial dalam masyarakat Vietnam.
- Golongan quan dan mandarin mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh. Mereka melaksanakan tugas-tigas maharaja. Mereka juga mendapat sokongan dan sanjungan serta dihormatu oleh rakyat.
- Mereka dianggap penjamin dan penegak keadilan. Mereka juga merupakam pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.
- Walaupun kuasa politik yang ada pada golongan quan atau mandarin dan kepimpinan mereka diperakui oleh masyarakat, tidak semuanya menjalankan tugas dengan amanah dan jujur. Terdapat segelintir daripada quan yang mengambil rasuah yang berupa ‘hadiah’ apabila mengendalikan sesuatu kes yang melibatkan undang-undang. Hal ini kerana,tiada seorang pun kecuali quan atau mandarin yang mengetahui undang-undang.
- Terdapat juga pembesar yang menindas rakyat dengan merampas tanah mereka. oleh itu, pada zaman pemerintahan Maharaja Gia Long,baginda telah menamatkan keistimewaan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan raja. Golongan ini tidak lagi memiliki ladang yang besar dan hak memungut cukai hal ini dilakukan demi menjaga kebajikan rakyatnya dan pemerintahannya. Seperti yang dikatakan oleh Maharaja Gia Long pada tahun 1811, “Orang yang sayangkan lembunya akan menghalau lalat yang mengharungnya; raja yang sayangkan rakyatnya akan menghukum pegawai rendahnya. Inilah teori kerajaan yang baik yang telah diamalkan.
- Duke Chaigneau penulis Barat yang berada di Vietnam,telah menulis pada tahun 1808, rakyat hidup dalam kesusahan,raja telah memeras rakyat supaya berkerja untuknya tanpa membayar upah dan memberikan makanan.
- Golongan mandarin pula berlaku zalim dengan merampas hak rakyat sesuka hati mereka. sementara itu dalam perbicaraan pula, golongan mandarin tidak akan memberi keputusan sebelum kedua-dua pihak yang bergaduh itu teraniaya.

(c) Pembesar peringkat Komun (kampung) :
- Golongan pembesar yang paling rendah pangkatnya.
- Dipilih daripada kalangan masyarakat kampung dan terdiri daripada orang tua yang bijak dan berpengalaman.
- Mereka mendapat kelulusan daripada pihak istana, bertanggungjawab menjalankan perintah dan arahan daripada istana, mendamaikan perselisihan dengan cara rundingan dan bertolak-ansur, serta bertanggungjawab mengutip cukai.

(d) Golongan petani :
- Lapisan ketiga dalam hierarki sosial masyarakat Vietnam.
- Menjalankan aktiviti sara diri ( sama seperti di Myanmar )terutama menanam padi di sawah dan golongan ini telah membantu meningkatkan ekonomi Vietnam.
- Seorang petani dimestikan membayar cukai dan terpaksa menyumbang tenaga dalam urusan-urusan kerajaan seperti membina empangan dan tali air bagi tempoh antara 20 hingga 60 hari dalam setahun.

(e) Golongan hamba :
- Golongan paling bawah dalam hierarki sosial Vietnam.
- Merupakan penjenayah dan dihantar ke kem-kem tentera di sempadan dan membuka tanah baru untuk dikerjakan.
- Setelah hukuman sebagai hamba tamat, mereka boleh menjadi petani di tanah yang diusahakan oleh mereka.

• Sistem Feudal ( MYANMAR )

1. Meletakkan raja pada kedudukan teratas dalam hierarki sosialnya dan raja dianggap sebagai wakil tuhan.

2. Dalam upacara pertabalan, raja diberi sifat-sifat ketuhanan apabila sami-sami Brahman memegang paying putih ( simbol kedaulatan ketuhanan ) diatas kepala raja dan mengurniakan raja tersebut alat-alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti.

3. Melalui pertabalan ini, rakyat dapat menerima serta menganggap raja sebagai pemerintah dan berdaulat.

4. Sistem feudal di Myanmar telah banyak dipengaruhi oleh negara India kerana mereka menggunakan ‘Hukum Kanun Manu’ ( meletakkan raja sebagai mempunyai hak kuasa yang sah dan tunggal dalam mentadbir negara dan hal ehwal rakyat. Raja yang memerintah bertugas mempertahankan ibu negeri kerana sekiranya ibu negeri di serang dan ditawan oelh raja yang lain, raja yang memerintah akan digulingkan atau hilang kuasanya ) yang berasal daripada India yang meletakkan taraf raja sebagai tuhan.

5. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam aspek pemerintahan, menentu kehidupan masyarakat serta raja dianggap sebagai pelindung daripada ketidakadilan dan pencerobohan.

6. Raja bertugas sebagai pengembang dan perlindung terhadap agama Buddha.

7. Bilangan gajah albino yang dimiliki oelh raja dilihat sebagai simbol kekuatan raja dan kedudukan istana yang terletak di ibu negeri sebagai simbol mewakili Gunung Meru iaitu tempat kediaman tuhan dan sebagai pusat alam mengikut konsep kosmologi orang India.

8. Konsep ini meletakkan raja sebagai orang paling berkuasa dan menjamin taraf kedudukan raja yang tinggi.

9. Namun, sistem feudal ini wujud kesan daripada kebergantungan raja kepada golongan pembesar terutama gabenor (myowun) dan pembesar wilayah (myosa).

10. Golongan ini menjadi tiang penyokong kepada kerajaan dan merupakan kelompok yang amat penting dalam sistem feudal yang mentadbir negara.
11. Antara golongan pembesar ialah :
Jawatan Gelaran Tugas / huraian
Ketua mentari Wungyi Taraf yang paling tinggi dan mendapat kuasa daripada raja dan terdiri daripada empat menteri kanan termasuk hluttaw. Wungyi mempunyai ramai kakitangan, dan pegawai termasuk para perutusan, petani, bentara, penyair, ketua tentera, juruukur dan pendaftar sampah.
Mentari muda Wundauk Terdiri daripada kalanga menteri muda yang bertanggungjawab membantu wungyi.
Pegawai istana Antimun Bilangan (4 hingga 8 orang). Bertanggungjawab terhadap istana dan diberi tugas mengawal petugas-petugas istana. Mereka juga bertanggungjawab mengawal kewangaan, urusan percukaian negara, bertindak sebagai privy councillor ( penasihat ) kepada raja dan dengan ini pengaruh mereka terhadap raja lebih besar berbanding wungyi.
Gabenor Myowun Berada diluar kerajaan dan menjalankan kuasa feudal seperti ,Menguasai tanah serta memunggut cukai sebanyak 10-15% daripada hasil tahunan rakyat dan daripada hasil punggutan ini, sebanyak 60-80% akan diserahkan kepada raja, bakinya akan disimpan oleh mereka.
Tugas di Pegu, Bhamo dan Akyab ialah membuat persediaan untuk pembesar-pembesar asing ke ibu negeri dan mengendalikan perutusan diplomatik. Ada ketikanya mereka memberikan kerjasama dan menentang perwakilan asing.
Tuan-tuan tanah Myosa Bertanggungjawab terhadap pentadbiran di kawasan/tanah yang mereka miliki.
Ketua-ketua bandar Ywa thungyi Pembesar yang berjawatan paling randah dalam sistem pentadbiran daerah dan jawatan ini diwarisi. Penggantian secara warisan ini berdasarkan kekayaan dan hak memerintah menjadi milik keluarga selama beberpa tahun. Pelantikan mereka disahkan oleh raja dan mereka bertanggungjawab mengutip cukai dan menjallin hubungan erat dengan myothugyi. Selain itu, Mereka bertanggungjawab menjaga keamanan dan menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku di kampung mereka.

12. Golongan petani, ahmudan dan golongan hamba merupakan golongan yang rakyat yang diperintah
(a) Petani :
- Lebih kurang 80% daripada penduduk Myanmar terdiri daripada petani yang menjalankan aktiviti ekonomi sara diri dengan menanam padi dan bertanggungjawab mengeluarkan makanan yang mencukupi bagi seluruh penduduk Myanmar.
- Dikehendaki membayar cukai dan memberikan perkhidmatan kepada raja selama tiga atau empat bulan setahun.

(b) Ahmudan :
- Golongan rakyat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.
- Sering mendapat perhatian istimewa daripada raja dan berkhidmat untuk raja dalam bidang-bidang tertentu seperti :
o pegawai peribadi raja ( thwei-thauk) yang tinggal berdekatan istana dan ibu kota.
o ahmudan yang mengerjakan tanah raja
o ahmudan yang menjaga empangan pertanian seperti di Lembah Mu dan Kyaukhse
o ahmudan dalam buruh binaan.
- Kesemua ahmudan akan dianugerahkan tanah sebagai ganjaran perkhidmatan mereka.

(c) Golongan hamba :
- Golongan rakyat dalam lapisan terendah masyarakat Myanmar.
- Hamba kepada biara dan penjenayah yang menerima hukuman.
- Mereka hanya bertani dan menyelenggarakan biara.

13. Sistem feudal di Myanmar menggambarkan perbezaan taraf antara mesyarakat yang mana pembesar dan pemerintah hidup dalam kemewahan kerana menguasai tanah dan berhak mengutip cukai, sedangkan rakyat ada yang hidup dalam kesukaran dan kemiskinan.

• Sistem Feudal ( THAILAND )

1. Berdasarkan agama Buddha dan adat resam, menurut ajaran Buddha, hierarki masyarakat ditentukan oleh dosa dan pahala. Rakyat Thailand percaya bahawa kedudukan mereka telah ditetapkan oleh perlakuannya semasa hidup.

2. Asas kepada susun lapis masyarakat Thai ialah sakdina atau markah darjah, sperti uparat (raja muda) mempunyai 10 000 sakdina, sementara that hanya lima sakdina sahaja.

3. Sakdina juga menentukan keluasaan tanah yang dimiliki dan diusahakan. Contohnya, seorang menteri yanh mempunyai 10 000 sakdina dibenarkan mempunyai 10 000 rai (2 ½ rai bersamaan 1ekar). Sementara phrai pula dibenarkan mempunyai 10 hingga 25 rai.

4. Raja menduduki tempat teratas dalam hierarki sosial masyarakatnya dan berkuasa keatas semua yang ada di muka buminya termasuk menentukan hidup dan matinya seseorang rakyat.

Rajah 2 Sistem Feudal di Thailand
5. Raja juga merupakan tuan punya tanah tetapi rakyat dibenarkan mengusahakan tanah-tanah tersebut serta mendapat manfaat daripada hasilnya

6. Sistem feudal masyarakat Thailand terdiri daripada :
(a) Raja :
- memerintah negara berdasarkan konsep dharmaraja (raja berkuasa mutlak) dalam pemerintahan serta keatas semua tanah dan nyawa rakyat serta kekuasaan raja dapat dilihat dengan pengumpulan gajah putih yang dikatakan sebagai keabsahan (kedudukan yang sah) kuasa raja.

(b) Nai ( golongan bangsawan ) :
- Kedua terpenting selepas raja.
- Terdiri daripada golongan chao atau khunnang yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat yamg dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan dan memberikan perlindungan kepada prai (pembesar).
- Sistem sosial masyarakat Thailand menunjukkan bahawa seorang nai yang mempunyia bilangan phrai yang ramai akan melambangkan kekuasaan ekonomi dan kekuasaan politik golongan nai.

(c) Phrai :
- Golongan ketiga dalam susun lapis masyarakat Thailand.
- Golongan ini perlu mendaftarkan diri dengan nai, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan dianggap sebagai jenayah atau orang buangan undang-undang Thailand.
- Hubungan antara nai dan phrai bersifat kontraktual, iaitu phrai memberikan hadiah, perkhidmatan dan kesetiaan untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan daripada nai.
- Terdapat 3 kumpulan phrai :
Phrai Luang Phrai Som Phrai Suai
Berada di bawah raja secara rasmi dan mesti menjalankan khidmat ratchakan (kerahan tenaga) selama 3bulan dalam setahundan perlu memberikan khidmat ratchakan dengan chao/khunnang yang mejaga mereka Golongan yang berdaftar dengan khunnang secara rasmi.Phrai Som dikehendaki menjalankan khidmat ratchakan untuk raja tetapi hanya untuk sebulan dalam setahun dan golongan phrai So mini lebih menjalankan tanggungjawab kepada nai ( golongan bangsawan) Golongan Phrai Luang yang berdaftar di wilayah yang jauh dari ibu kota. Mereka diberi tugas mendapatkan bahan mentah dan hasil hutan untuk dijual di ibu kota. Semua bahan ini menjadi ganti kepada khidmat kerahan tenaga (ratchakan) yang mesti dilakukan oleh seseorang phrai.
(d) That ( hamba )
- Golongan hamba kepada nai dan phrai yang kaya.
- Golongan yang tidak bebas tetapi berhak memiliki harta dan tanah.
- Golongan ini mempunyai sakdina sebanyak lima rai.
- That dibahagikan kepada dua iaitu :
Hamba belenggu Hamba tawanan perang
Hamba yang berhutang dan wujud apabila petani yang terdesak memerlukan wang untuk perkahwinan atau membayar hutang berjudi dan cuba mendapatkan pertolongan daripada phrai (pembesar). Dalam tempoh menjadi hamba berhutang, mereka dibenarkan tinggal di kampung, menyumbang tenaga atau benda kepada pemiutang. Pemiutang pula dikehendaki menyediakan tempat tinggal,makanan dan perlindungan kepada hamba tersebut sehingga hamba ini selesai membayar hutang

(e) Sangha ( sami Buddha )
- Mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia.
- Dikecualikan daripada sistem nai-phrai-that dan bertanggungjawab mengajar masyarakat Thailand soal-soal keagamaan dan menyumbang perkhidmatan tanpa mengira pangkat dan keturunan.

7. Sistem feudal masyarakatnya juga dikenali sebagai phrai-nai dan sakdina (markah darjah) seperti raja muda (uparat) mempunyai 10 000 sakdina dan that hanya lima sakdina.

8. Sakdina ini juga menentukan keluasa tanah yang boleh diusahakan serta dimiliki. Contohnya, seorang menteri yang mempunyai 10 000 skdina dibenarkan mempunyai 10 hingga 25 rai.
• Sistem Feudal ( FILIPINA )


Rajah 3 sistem Pemerintahan Feudal di Filipina

1. Masyarakat disebut ‘barangay’,dinamakan mengikut sempena nama kapal yang membawa penghijrahan dari Tanah Melayu dan Indonesia. Tiap-tiap kapal membawa satu kumpulan yang besar iaitu terdiri daripada ketua dan keluarganya sendiri, keluarga anak,abang dan adik lelaki dan perempuan dan ahli-ahli keluarga yang tua-tua.
2. Perhubungan antara barangay adalah terhad. Barangay-barangay telah memajukan adat istiadat dan cara menghormati antara satu dengan lain.
3. Oleh itu, perhubungan antara barangay adalah tertumpu kepada adat istiadat bersopan-santun.

4. Di dalam sesebuah barangay ( daerah-daerah kecil ) pemimpinyan digelar datu. Seseorang datu biasanya dipilih dalam kalangan lelaki tua yang berpengalaman.

5. Di dalam sesebuah petempatan biasanya terdapat 500 orang penduduk. Walaupun begitu, terdapat juga barangay yang besar dan penduduknya lebih daripada 1000 orang.

6. Sistem feudal di Filipina terbahagi daripada datu, golongan bangsawan (maharlica), orang bebas (timagua) dan hamba dan penyewa tanah (aliping soguiguili).

7. Golongan datu yang berkuasa dalam barangay akan menjalankan tugas pemerintahan dan pentadbiran, menguasai tanah serta kemasyarakatan dalam barangay. Dalam masyarakat feudal Filipina,tanah bukanlah milik individu sebaliknya adalah hak milik keluarga.

8. Oleh itu, pemilikan dan penguasaan tanah ini dilaksanakan oleh datu dalam sesuatu barangay.

9. Kedudukan dan kekuasaan datu ini pada peringkat awal penjajahan Sepanyol dikekalkan dan mereka diserapkan ke dalam gabenadorcillos. Hal ini demikian kerana pihak penjajah memerlukan kerjasama daripada masyarakat tempatan dan seterusnya dijadikan alat untuk menguasai masyarakat tempatan.

10. Golongan bangsawan dikenali sebagai maharlika.

11. Maharlika membantu datu menjalankan kuasa politik dan kemasyarakatan.

12. Maharlika dan datu telah muncul ebagai golongan yang berkuasa terutamanyadalam soal penguasaan terhadap sumber hasil termasuklah tanah. Rakyat yang tidak bertanah perlu menyewa dan membayar cukai kepada mereka.

13. Golongan bebas dinamakan sebagai timagua. Mereka adalah orang yang pada waktu lahirnya bebas dan hamba-hamba yang dibebaskan.

14. Golongan ini kebanyakan terdiri daripada petani dan mereka bertanggungjawab mengerjakan tanah-tanah untuk menghasilkan tanaman makanan bagi keperluan sendiri dan juga barangay.

15. Mereka jug akan meninggalkan rumah untuk menjalankan perkhidmatan sukarela kepada golongan pembesar dan perkhidmatan yang wajib kepada ‘kerajaan’.

16. Petani-petani ini telah dikenakan kerahan tenaga (sistem polo) dan vandal untuk meningkatkan pengeluaran dan menambahkan pendapatan kerajaan Sepanyol.

Akibatnya golongan petani menderita. Bagi mengurangkan penderitaan kaum petani, pada tahun 1874, kerajaan Sepanyol telah mengeluarkan dikri supaya dikenakan cukai sebanyak satu peso dan empat reales setiap kepala bagi mengantikan sistem pengambilan wang dan barang. Namun begitu, sistem polo masih diteruskan